Monday, December 2, 2019

Resepi Donut Sedap

Assalamualaikum semua.

Hari ni hari pertama selepas bertahun-tahun cikJaja meninggalkan blog ni. cikJaja dah tak tahu macam mana nak buat blogspot .Oklah, hari ni cikJaja nak berkongsi dengan semua resepi donut.

Bahan-bahan :



500 gm Tepung roti high protein
    8 gm Yis
  50 gm Gula
    3 gm Garam
  80 gm Marjerin
    1 sdb Susu tepung
    1 nos Telur
 1/4 sdk Bread Improver
250 ml  Air (atau secukupnya)

CARA PENYEDIAAN :
1.       Campurkan semua bahan kering ,gaul sebati.
2.       Kemudian masukkan marjerin, gaul sehingga sebati .
3.       Akhir sekali, masukkan air yang telah dicampurkan telur kedalam adunan.
4.       Gaul ramas adunan sehingga menjadi doh elastic.
5.       Uli doh sehingga doh lembut dan tiada rasa gula lagi . Rehatkan 30 minit.
6.       Tumbuk doh untuk buang angin. Timbang doh kemudian bentukkan.
7.       Rehatkan sehingga doh 2 kali ganda naik.
8.       Sapu eggwash kemudian bakar.


Hasil selepas dibakar :



Ni hasil selepas dibakar dan dicelup coklat dah. Selamat mencuba <3

Tak faham boleh tanya :)