Hari ni hari pertama selepas bertahun-tahun cikJaja meninggalkan blog ni. cikJaja dah tak tahu macam mana nak buat blogspot .Oklah, hari ni cikJaja nak berkongsi dengan semua resepi donut.
Bahan-bahan :
500 gm Tepung roti high protein
8 gm Yis
50 gm Gula
3 gm Garam
80 gm Marjerin
1 sdb Susu tepung
1 nos Telur
1/4 sdk Bread Improver
250 ml Air (atau secukupnya)
CARA PENYEDIAAN :
1. Campurkan semua bahan kering ,gaul sebati.
2. Kemudian masukkan marjerin, gaul sehingga sebati .
3. Akhir sekali, masukkan air yang telah dicampurkan telur kedalam adunan.
4. Gaul ramas adunan sehingga menjadi doh elastic.
5. Uli doh sehingga doh lembut dan tiada rasa gula lagi . Rehatkan 30 minit.
6. Tumbuk doh untuk buang angin. Timbang doh kemudian bentukkan.
7. Rehatkan sehingga doh 2 kali ganda naik.
8. Sapu eggwash kemudian bakar.
Hasil selepas dibakar :
Ni hasil selepas dibakar dan dicelup coklat dah. Selamat mencuba <3
Tak faham boleh tanya :)

